Perubahan yang amat drastik di sini. Teknologi tidak mengenal usia, jauh melangkah kehadapan. Tiada ku lihatkan mesin sebergini, dipanggil mesin air tin dengan skrin sesentuh. Tekan pada skrin dan pilihlah minuman anda, nescaya air tin akan keluar. Tetapi jangan lupa untuk bayar sama ada dengan kad ataupun tunai. Mesin ini dilihat di sekitar stesyen kereta api, dan juga berhampiran bullet train. Bilakah hendaknya tempatku mempunyai mesin sebergini? Membazirkah ia? Namun, keterujaan melihat teknologi ini memukau diriku.
Suka ku ingat, semasa makan di restoran Gasto juga aku berjumpa dengan mesin yang hampir sama. Skrin sesentuh memang sedang merubah hidup masyarakat disini.
Bersambung kisah pulang ke rumah. Dahulu Nozomi, sejenis bullet train yang laju dan memakan masa lebih kurang 2 jam 45 minit hingga ke tempatku. Kali ini berbeza. Yalah, peluang yang tidak selalu dirasai, pasti lain dari yang lain ingin dicuba. Kali ini aku menaiki Hikari, berbeda dengan Nozomi, berhenti lebih banyak stesyen. Sudah pasti waktu sampai ke tempatku lebih lewat dari biasa. Tapi, siapa kisah, yang penting adalah selamat untuk tiba di rumah yang tercinta.
Sepanjang perjalanan semuanya berkisar telefon pintar, mencari maklumat dan melihat maklumat yang sedia ada. Bateri hampir habis, tidak risau kerana plug cas ada berhampiran tempat duduk. Inilah kelebihan menaiki keretapi terlaju ini, disediakan tempat makan, rokok,tandas, jualan makanan, gantung baju serta plug elektrik. Di kerusi, memikirkan hal untuk keesokan harinya, sudah pasti hari itu penuh dengan jantung yang berdegup kencang. Esok adalah hari penting, tiada siapa yang tahu dan akan tahu. Fokus adalah perlu. Aku berazam untuk pulang kerumah awal dan tidur awal untuk keesokan harinya. Syukur kehadrat ilahi hajatku dikecapi, tidur dan bangun pada waktunya , serta bermulanya hidup baruku keesokan harinya.
Vending machine dengan touch screen
Bersebelahan bullet train
kepala bapak bullet train
ps: shu~



No comments:
Post a Comment