Social Icons

het

Pages

May 13, 2013

Cuti Golden Week Tahun Ini

Aku masih teringat kenangan cuti 3 tahun lalu, sewaktu diriku sebagai penuntut tahun pertama di universiti ini. Waktu ini diriku baru melangkah datang ke Jepun, tiada pengetahuan dan tiada kemahuan. Kesannya, cutiku seminggu di habiskan dengan tiada apa, melainkan mengurungkan diri dalam bilik, bermain internet serta tidur yang berpanjangan. Paling hebatpun, aku dan kawanku pergi ke Universiti, untuk melihat festival Icho buat kali pertama.

Ya, ketika ini dalam keadaan yang masih takut untuk keluar bersendirian, lagi-lagi suasana disini adalah suasana keseorangan. Sebelum datang ke Jepun, kebanyakan aktiviti harianku adalah bersama rakan-rakan ku yang lain. Berbeza kali ini, hanya diriku bersendirian. Rakan lain pun masih takut untuk keluar ketika itu, masakan mereka mahu keluar bersamaku. Baru 2 minggu menetap di asrama, datang pula cuti dipanggil Golden Week. Cuti ini merupakan salah satu cuti pendek di Jepun, biasanya selama 7 hari. Pelajar akan keluar berjalan atau mengisi masa lapang tatkala cuti ini. Tapi, sewaktu tahun pertamaku, cuti ini tiada manfaat yang digunakan sepenuhnya. Menyedihkan.

Dan meningkatnya usia ku selama setahun disitu, tatkala junior bertanya apakah aktiviti Golden Week ku, hanya mampu ku ungkapkan tidur yang berpanjangan dan festival Icho Universiti. Andai kata masa boleh kembali, akan aku melangkah dan mengembara sekitar Kansai ini, mencari pengalaman walaupun bersendirian, semata-mata kerana aku mempunyai masa, duit serta ruang. Bayangkan jikalau sekembalinya ketanah air, peluang ini pasti sudah tiada.

Walaupun perasaan takut serta berdebar-debar menyelubungi jiwa, tetapi detik itu merupakan saat aku tidak lupakan selamanya. Cuti itu lah mendidik diriku untuk berbelanja secara hemah, pertama kali mendapat duit sendiri untuk dibahagikan dalam pembayaran bil rumah,air,gas dan lain-lain lagi. Pada mulanya, perasaan takut defisit akaun itu ada. Akhirnya, kurang guna wang dan dapat simpan lebihan pada akhir bulan.

Sebenarnya, cerita pada entri kali ini bukan berfokus pada cara gunakan duit pada cuti itu, sebaliknya diriku ingin menceritakan apa yang telah aku lakukan sepanjang cuti itu. 2014 merupakan bakal tahun terakhirku disini, maka cuti Golden Week 2013 telah aku  cuba manfaatkan sebaiknya.

Sepanjang 4 + 2 hari telah diisi dengan melakukan part time di Osaka. 2 hari pada bahagian kaunter pertanyaan Malaysia manakala 4 hari di dalam gerai makanan kecil Malaysia. Pengalaman berharga, sukar dilupakan. Berbagai-bagai soalan diacukan kepadaku ketika menjaga kaunter pertanyaan. Soalan lazim seperti tempat menarik di Malaysia, kawasan perlancongan di KL, Penang dan JB. Manakala, ada juga saat sukar seperti seseorang pelik menanyakan soalan mengenai Halal di Jepun dan mengapa begitu sukar orang islam memahamkan setiap orang Jepun konsep Halal ini. Tambahan, dia mengeluarkan satu buku yang bertajuk 日本の問題集(Permasalahan di Jepun) dan menerangkan dia mengkaji permasalahan Halal di Jepun ini. Soalannya aku jawab sebagaimana yang apa aku tahu, malangnya dia masih tidak berpuas hati dan terus  bertanya soalan yang sama. Syukur ke hadrat ilahi, entah bagaimana ketika itu ada seorang pakcik Jepun yang telah duduk lama di Malaysia yang menolong juga menjaga kaunter pertanyaan hari itu, menjawab untuk pihakku. Walaupun jawapan masih tidak memuaskan, tetapi masa berlalu dan muka orang yang bertanya soalan itu hilang entah ke mana ketika aku menyambut tetamu yang lain.

Kedua, soalan yang mudah dan aku tidak dapat jawab ketika di tanya "seminggu MAS 2 kali ke Kota Kinabalu ye?". Aku cuma jawab tidak tahu, walhal dibelakang kaunter(tidak terlalu dekat) terdapat 1 kaunter penerangan perlancongan MAS. Aku sedar apabila hendak tamat bekerja hari pertama disitu. Rasa menyesal pun ada "kenape la aku tak bagitahu sila tanya kaunter belakang je".

Bekerja di situ menambah pengalaman aku. Suasana ialah suasana Malaysia bekerja di Jepun. Tidak terlalu ketat seperti kerja-kerja yang telah aku lakukan sebelum ini. Waktu rehat tersedia, sambil boleh berhibur melihat pertunjukan-pertunjukan disitu. Antaranya ialah Roti Canai terbang, Teh Tarik gelek dan juga tarian tradisional Sabah. Rakan-rakan sekerja terdiri antara Malaysia dan Juga jepun. Jadi, tidak lah diriku terasa kesunyian, bercakap Jepun sepanjang hari. Boleh bercakap juga melayu dan boleh juga menyakat kakak kakak penari disitu.

Bekerja di kaunter pertanyaan selain menjawab pertanyaan pengunjung, aku juga perlu memberi pamphlet, memberi kata kunci untuk kuiz, memberi hadiah kepada orang yang berjaya menjawab betul semua soalan kuiz dan melayan karenah pengungjung. Sangat seronok serta indahnya seharian disini. Masa berlalu begitu cepat, tanpa disedari sudah masanya untuk diriku berangkat pulang. Harapnya aktiviti ini boleh dilaksanakan lagi di sini. Cuma, majlis kali ini cuma 4 tahun sekali, bertuahnya aku dapat menyertai pada tahun terakhir pengajianku :)

Selain itu, aku juga menyertai aktiviti menjual makanan di festival Icho tahun ini. Seharian menjerit supaya orang datang membeli makanan dan juga menyediakan makanan. Disini, terdapat 4 jenis makanan yang dijual. Antaranya, Crep(perancis), Tomyam(Thailand), Gyoza (Cina) dan Chijimi(Korea). Persaingan dengan gerai lain amat sengit, tetapi usaha tetap usaha, maka habis juga makanan pada hari itu. Manakala, makanan rijek(buangan) masuk kedalam perut kami :)

Akhir sekali, Terdapat satu pertandingan bola tampar antara makmal pada cuti kali ini. Aku dengan sifat ketidak sukanan pun cuba menyertai dengan harapan boleh mengerat hubungan antara rakan-rakan. Seronok bermain walaupun kalah. Namun, kumpulan kami bukan di tempat terakhir.

Sekian cerita cuti tahun ini. Habisnya cuti, sambungkan usaha.



Bermain di dalam dewan serbaguna, sangat cantik 

Adik kecil comel yang singgah di gerai 

 Junior yang penuh dedikasi

Menjual kepada customer
ps: berakhir pun saat ini

No comments: