Social Icons

het

Pages

Feb 17, 2013

R.I.P kasutku

Oh kasut, jasamu terhadap diriku umpama aur dengan tebing. Dimana ku berada disitu jua kau menemankan diriku yang hina ini. Masihkah kau ingat pelbagai rintangan dan halangan telah kita lalui bersama? Lautan yang deras telah kita lalui, hutan belantara telah kita selongkari,  lautan api telah kita harungi. Bertapa indahnya di kala aku dan kamu berkorban untuk mengharungi hidup yang penuh dengan liku ini. 

Tanpamu, kakiku akan terpijak kaca dan luka. Tanpamu, kakiku pasti dalam kebasahan akibat dihujani ketikaku menuju ke universitas. Tanpamu, tiada kudratku tuk berlari di Bumi Tuhan ini dengan bebas. Tanpamu, sahabat handai serta rakan taulan pasti mengejekku, akibat melihat kakiku yang hitam ini. 

2 tahun bukan jangka masa lama atau panjang. Tapi, itulah masa yang telah kita luangkan. Masa itu bagaikan emas, sudah pasti ia tiada datang kembali, tetapi akan menjadi kenangan terindah dalam hidupku. Jejakmu pada setiap tanah di bumi Tuhan akan terpahat di ingatan. Tidak lupa segala keringatmu terhadapku akan ku kenang sampai bila-bila. 

Kini, sudah sampai masanya aku menuju kehadapan. Kedalam satu masa depan yang ku tak pasti, adakah ia nyata ataupun hanya igauan mimpiku. Walau bagaimanapun, selok belok ini akan kulalui bersama temanku yang baru. Janganlah kau bersedih, tapi ingatlah diriku dan doakan diriku dalam keadaan baik serta sihat sejahtera.

Sebuah kisah kasut dan tuan,
berkhidmat hingga dimamah usia,
menjalankan tugas penuh kepujian,
kenagan ini akan terpahat hingga bila bila.




Profil:

Dibeli tahun: 2011
Tempat: Yorobashi-kamera, Umeda
Harga anggaran: 4,800~ yen
Bahagian rosak: berlubang dihadapan, serta air mudah meresap kedalam tapak kasut.





Profil:

Dibeli tahun: 2012
Tempat: tidak pasti, mid valley atau sunway piramid
Harga anggaran: RM 120~
Bahagian rosak: koyak besar di hadapan


ps: mmmm

2 comments:

nurdiyana said...

i noe the second shoe! u buy it at mines lahh

yazid said...

lupa lak the mines....punya susah nak ingat nama complex tue