Kehebatan telur terserlah apabila manusia memasuki usia remaja. Pada ketika itu, telurlah yang menjadi makanan ruji, selain beras untuk santapan bersama. Menu yang paling popular ketika dahulu dan kini, nasi + telur + kicap. Memang kebiasaan bagi mereka yang tidak berwang. Kepada yang berwang, sudah pastilah sasaran mereka ialah KFC, MacD, Domino Pizza dan banyak lagi. Apakah faktor utama yang boleh difikirkan mereka memilih telur sebagai makanan utama?
Faktor:
- Mudah disediakan. Hanya panaskan kuali, letak minyak dan goreng dalam seminit.
- Murah. Harga telur terbukti murah.
- Terkandung karbohidrat dan protein. Sangat diperlukan dalam pembakaran kalori untuk menghasilkan tenaga.
- Terpengaruh dengan kisah-kisah dongeng. Selalunya, orang miskin makan telur. Jadi, pelajar yang tidak berwang pun meniru gaya hidup ini.
- Orang Malaysia suka makan ayam. Jadi, bagi yang tidak berwang, telur ayam pun jadilah
Selain air, telur juga adalah bahan universal yang sangat diperlukan dalam menghasilkan sesuatu makanan. Contohnya, ayam goreng yang disadur dengan telur dan tepung, pembuatan kek dan roti. Manakala, masakan sayur melayu banyak dicapur telur untuk menambah keenakan nya. Terbukti disini telur memang terbaik.
Bukan itu sahaja, dari memikirkan masakan yang komplek menggunakan telur, mari berfikir masakan yang simple sahaja. Pertama, telur goreng. Boleh dalam bentuk dadar ataupun kacau beserta garam dan terhasinya telur goreng. Kedua, panaskan telur di dalam air panas. Untuk jangka masa yang lama, ia akan menjadi keras dan masak. Sebaliknya, telur itu akan menjadi separa masak dan dipanggil telur separuh masak. Dahulu, memang tersebar di sekolah kabar kebaikan memakan telur separuh masak kepada minda seseorang. Apa lagi, setiap bagi murid-murid akan di bekalkan telur separuh masak sebiji pada setiap pagi. "Pandai la sangat lepas makan tu :p ".
Kadang kala aku terfikir. Jikalau di beri 2 pilihan, maggie atau pun nasi + telur + kicap , manakah yang akan mereka pilih? bagi aku semestinya nasi + telur + kicap. Ini disebabkan desas desus mengatakan maggie tidak bagus untuk otak. Memang tidak dapat disangkal, telur ini memang hebat.
Bukan sahaja telur dalam tujuan makanan, mari lihat kepada kegunaan umum yang lain. Contohnya, sewaktu hari sukan, pasti ada acara membawa telur dengan sudu sambil berlari. Acara yang amat popular ketika aku bersekolah. Bagaimana pula semasa sambutan hari jadi? pasti anda hendak membaling telur kepada rakan anda bukan?
Ada juga yang hanya mengambil kulit telur sahaja dan dibuat sebagai perhiasan seni. Bagi orang yang percaya dan mengamalkan bomoh, kebiasaan telur menjadi pengeras adalah pasti. Untuk subjek seni disekolah, berus akan di masukkan kedalam cecair telur untuk mewarnakan sesuatu di atas kertas lukisan. Aku dapat merasakan masih terdapat banyak lagi contoh-contoh lain, tetapi biarlah buat masa kini.
Berkisar mengenai satu kisah yang menarik. aku tidak pernah melihat roomate aku menggoreng telur setakat ini. Setakat telur mentah dicampur didalam nasi adalah. Mungkin mereka berlainan bangsa denganku, pemikiran tentang telur juga pasti berbeza. Adakah budaya memasak telur goreng ini budaya Malaysia? sudah pasti persoalan menarik yang boleh difikirkan.
Tuntasnya, telur merupakan makanan universal dan amat popular dalam kalangan masyarakat melayu Malaysia. Bayangkan tiada telur atau berlaku genjatan telur 1 Malaysia. Apa makanan altenatif pelajar-pelajar yang tiada wang untuk makan, setelah di basuh minda mereka sehingga kini bahawa telur sahaja makan bajet? Tugas dan pengorbanan ayam juga perlu kita hargai. Bersusah payah mengawan untuk bertelur. Bersyukurlah kita mempunyai haiwan ayam yang banyak di negara ini. Setelah membaca artikel ini, lantas perlu kita bertemu ayam dan mengucapkan terima kasih. Pengorbanan ayam yang sanggup memadukan telurnya (berkongsi ) dengan manusia perlu diambil iktibar. Oleh itu kepada kaum wanita disana, terima lah seadanya jikalau suami anda bermadukan lebih dari satu (yang ni tak da kaitan langsung :) ). Sekian.
telur dan evolusi
ps: bajet duit bulan ni dah lari lagi, alahai terpaksa lah aku makan telur goreng hari2

No comments:
Post a Comment