Pelajar di sini sangat papa kedana untuk memiliki kereta. Ya lah, parking sebulan sudah mencecah 300 ringgit (dulu RM 400), susahnya akses hendak ke tempat membuat lesen serta payahnya ujian memandu disini. Alasan yang paling kukuh mengapa pelajar disini tiada mahu membuatnya iaitu tiada kepentingan untuk membuatnya. Kehulu dan kehilir boleh dengan basikal, bus dan kereta api. Masakan mereka hendak memiliki kereta yang perlu membayar beribu ribu yen. Parking dimana saja pun kena bayar semurah 500-800 yen sejam (RM15~24 ). Tambahan pula, pelajar disini selalu sibuk dan tiada masa untuk menggunakan kereta, menyebabkan kemungkinan kereta itu sekadar menjadi besi buruk .
Kereta hanya bersesuaian kepada pelajar yang hidup di kampung berbanding bandar. Di situ, parking yang murah serta ketidakserbagunaan sistem kereta api menyebabkan mereka perlu membeli kenderaan sendiri. Lagipun, pelajar di kampung lebih banyak buat perjumpaan luar / melancong antara pelajar Malaysia. Jadi, mestilah kereta menjadi komponen utama pergerakan beramai-ramai mereka.
Seperti di Malaysia, orang kampung suka membuat kenduri, sama juga suasana di sini. Oh ya, kenderaan paling mahal pelajar di bandar ada pun iaitu motorsikal kapcai, berkelajuan maksima 60 km/h (limit di jalan raya 30 km/h). Harganya yang murah serta mudah untuk parking menyebabkan pelajar suka memegangnya. Namun, hanya segelintir sahaja memiliki motor kapcai ini.
Cerita susahnya melihat pelajar di bandar memiliki kereta ini sudah tamat. Sambungan topik untuk makan tengah hari menaiki kereta menjadi hangat apabila aku mencadangkan untuk makan di Bab ul Hayat, restoran Turki yang terletak betul-betul disebelah Osaka Aquarium yang sangat popular. Memetik nama ini, pertama kali ku untuk menjejakkan langkah ke sana, memandangkan sudah lama aku tidak pergi ke aquarium situ, paling akhir ialah pada tahun 2010. Perjalanan menaiki kereta, meskipun berlandaskan panduan GPS tetap sesat di tengah jalan. Pelik sungguh jalan di Osaka ini. Contohnya, kami mengikut peta yang tidak menyusur ke lebuhraya berbayar. Sebaliknya, kereta itu termasuk sedikit kedalamnya. Menyebabkan terpaksa buat pusingan u yang agak pelik untuk mengelak bayaran tol.
1 jam perjalan sudah berlalu. Setibanya kami di sana dengan penuh kegembiraan, walaupun perut telah banyak kali berkeroncang semasa di dalam kereta. Motorkar di parking berhampiran kedai dan berjalan kaki kami ke kedai. Suasana kedai yang hening, melihat permandangan tepi laut yang cantik serta kurangnya pelanggan di dalam kedai itu membuatkan kami berasa amat seronok untuk membuang masa di situ.
Menu dan harga makanan di kedai di ubah 2 kali sehari. Harga makanan pagi dan harga makanan malam. Setibanya kami sudahpun menunjukkan harga makanan malam, dimana harganya amat mahal sedikit. Cara pemakanan di sini adalah buffet, makan hingga puas dalam masa 90 minit(tak silap la). Kecuali aiskrim Turki dimana kami perlu membayar untuk setiap kon. Dengan tidak segan silu, diriku mengambil banyak jenis makanan seperti kebab, roti nan, sup sayur sayuran yang pelbagai variati. Tidak lupa juga kentang rebus kecil dan nasi yang sungguh enak di tambah pula cokelat gunung (fountain chocolate ) yang boleh dicicah dengan biskut dan pisang.
Kami makan sambil berbual hingga masa hampir tamat. Sebelum keluarnya disiti, aku bertanyakan tentang aiskrim Turki kerana pada mulanya aku ingatkan percuma. Baiknya kakak di situ memberikan kami bertiga aiskrim percuma. Makan berjalanlah kami sambil makan airkrim unik yang liat dan boleh memanjang.
Lokasi restoran ini amat strategik bagi sesiapa yang mahu melawat akuarium Osaka. Bayangkan di pagi hari mereka masuk mengunjungi akuarium, petang itu makan restoran di sini. Selain itu, mereka boleh mencuba ferris wheel yang besar, untuk menikmati udara segar serta permandangan biru laut. Tidak lupa disini ada kedai Takoyaki yang murah dan sedap. Memandangkan Osaka amat dikenali dengan Taoyakinya. Sesungguhnya, perancangan melawat di sini adalah yang terbaik dan kepuasannya tinggi sekali. Faktor adanya makanan halal di situ pasti menambahkan pelancong islam disini. Mahukan melihat keindahan laut, aquarium yang menakjubkan, makanan banyak tidak terhingga, serta privasi bersama keluarga, pastinya tempat di sini amat sesuai untuk di lawati.
Harga makanan 1,380 yen (RM 40) makan tengah hari dan 1,680 (RM 50) yen makan malam
slide show aquarium Osaka waktu dahulu :
http://deathharmony.blogspot.jp/2010/09/last-journey-on-this-summer2010.html
ps: pasni bawak org ke sini je la

No comments:
Post a Comment