Social Icons

het

Pages

Jun 30, 2013

Menonton anime : Shingeki no Kyojin (Serangan terhadap Gergasi)

Wow, hari ini sudah mula marathon menonton anime di musim ini. Singeki no kyojin merupakan satu tajuk yang telah diperkenalkan serta disyorkan kepada aku hari ini. Melihat ramai orang yang memberi komentar secara online, maka bermulalah acara yang sudah ditinggal agak lama dahulu, menonton anime secara berterusan. Dengan ini harapnya dapat menghabiskan banyak episod yang ada disitu.

Nama Anime : 進撃の巨人(serangan terhadap gergasi)

Pada mulanya, kalau berfikir jalan cerita ini hanya berpaksikan pada putaran manusia membunuh gergasi dan juga membunuh gergasi, memang anda semua salah belaka. Salah satu sebab keseronokan menonton cerita ini ialah pada jalan ceritanya yang berliku-liku dan misteri. Setiap episod pasti akan mendedahkan sedikit demi sedikit maklumat gergasi musuh dan juga maklumat tentera manusia. Disamping,  cara penerangan yang memikat hati seperti penggunaan teknologi zaman kuno. Tidak lupa juga kepada babak perlawanan yang menarik dan juga anime ini mempunyai kualiti video yang tinggi sekali setanding anime-anime terkenal yang lain.

Kisah bermula apabila sebuah bandar yang mempunyai perlindungan tembok besar di serang oleh gergasi 60 inchi. Tembok itu di hentak menggunakan kaki gergasi 60 inchi dan menyebabkan lubang terhasil yang membuatkan gergasi-gergasi lain boleh masuk kedalam bandar itu. Watak Utama ialah anak kecil Eren dan emaknya telah dimakan oleh gergasi dirumahnya sendiri. Dendam kesumat Eren menyebabkan dia bercita-cita untuk membunuh semua gergasi sehingga tidak tinggal seekor pun. Dalam masa 5 tahun, dia dan temannya, Misaka dan Arwin menyertai latihan untuk menjadi askar yang mampu berperang dengan gergasi. Selepas itu, bermulanya lah kisah-kisah pengembaraan mereka memburu dan cuba menyelamatkan kembali kota yang telah diselinap oleh gergasi-gergasi ini.

Cerita ini merupakan salah satu anime kesukaan saya untuk musim ini. Sudah pasti hati akan berasa berdebar-debar untuk menonton episod seterusnya akibat rasa ingin tahu tentang misteri  sang gergasi tersebut.

Kemungkinan anime ini bakal mendapat penganugerahan tertinggi untuk anime yang terbaik. Kita lihat nanti.

Misaka, Eren dan Arwin

salah satu gergasi

ps: jom sambung tengok setiap minggu






No comments: