Social Icons

het

Pages

Jul 2, 2013

Bulan 7 bulan sibuk

Mula memasuki fasa terakhir untuk sem ini. Sudah pasti hidupku pasti akan lebih sibuk dari hari biasa. Sudah bersediakah aku untuk berkhemah di makmal nanti?..hahaha..hatiku masih tidak bersedia.

Terdapat beberapa perkara yang membuatkan aku menjadi lebih sibuk bulan ini. Sebagai seorang pelajar, aku masih lagi perlu untuk mengambil beberapa peperiksaan subjek. Kali ini sahaja ada 4 dan persediaanya masih lagi belum sempurnya. Kedua, disamping bersedia untuk peperiksaan, aku juga perlu menjalankan persediaan ujikaji makmal. Masih lagi banyak ilmu pengetahuan yang perlu dibaca dan akan ditanya semasa perjumpaan antara pelajar dan guru. Ketiga, makmal kami menjalankan satu kelas dipanggil Rinko, dimana satu buku teks akan diterjemah dan diterangkan mengikut turutan pelajar setiap minggu dihadapan pelajar lain dan guru.

Selain itu, bulan Ramadan hampir menjejakkan kakinya, jadi bermulalah cabaran baru iaitu menempuh kehidupan seharian dengan tanpa santapan tengah hari dan petang. Tambahan pula, part time akan bermula pada bulan ini. Tanpa duit itu, sudah pasti aku tidak boleh balik untuk raya ini dan memulakan aktiviti cutiku. Aku jamin pasti penat tetapi terpaksa untuk kebaikan masa cutiku nanti jua.

Semestinya aku berpesan kepada diriku supaya tidak lupa dan kuatkan semangat untuk menjalani hari-hari seterusnya.

Pantun yang di ubah suai:

Berakit-rakit kita ke hulu,
Berjumpa tumbuhan,
Bersakit-sakit dahulu,
Senangnya kemudian.

Terima kasih


ps: bermulalah peperangan dari hari ini

No comments: