Social Icons

het

Pages

Jul 20, 2013

Semangat Ramadan Tahun ini

Ramadan tahun ini sudah melepasi 1/3 dari keseluruhannya. Masa semakin suntuk untuk mengecapi matlamat Ramadan tahun ini. Adakah sempat atau tidak?

Azam pertama ialah bangun sahur di awal pagi. Mungkin disini kami hanya perlu berjaga pagi hingga 3.30 a.m. Sebelum masa tersebut, boleh masak dan sahur. Tetapi, aku lebih suka tidur dahulu baru bangun bersahur. Ini kerana otak terasa amat segar selepas bangun dan juga boleh menangkap ulangkaji dengan pantas setelah bangun dari tidur. contohnya, tidur pada pukul 9 dan berjaga kembali pada pukul 2. Memang susah untuk direalisasikan, namun apabila matlamat telah ditetapkan serta usaha mula dicurahkan, pasti akan berjaya. Syukur hingga kini aku masih sempat bersahur diawal pagi walaupun hanya dengan air kosong. 2/3 yang tertinggal akan terus diusahakan untuk bangun bersahur.

Makanan sahur tahun ini juga lebih mewah dari tahun lepas. Barangkali berkat Ramadan?Selalunya beli bahan yang mentah atau siap di supermarket atau convinient store. Hari ini aku hendak memasak sedikit dan juga memanaskan piza semalam yang tinggal separuh. Air miniman perlu dibeli kerana stok sudah habis. Kerajinan memasak kali ini mengajar aku untuk masak dengan lebih pantas, lebih malas (~o~) . Tapi yang penting, lauk sahur itu ada.

Matlamat kedua ialah mendapatkan kembali nikmat hidup didunia ini. Kalau diperhatikan, manusia pasti akan kehilangan semangat pada waktu-waktunya. Dan ketika itulah mereka menjadi malas dan tidak mengambil endah keadaan sekeliling. Malas keluar rumah bertemu kawan dan juga malas mengerjakan ibadah bersama-sama. Apabila nikmat kehidupan mula dirasai kembali, semestinya orang itu akan mula kembali mengejar semangat yang hilang itu. Meletakkan kembali matlamat dan berusaha untuk mencapai kembali. Detik ini aku sudah mula untuk mendapatkan kembali semangat ini sedikit demi sedikit walaupun hidupku teramat sibuk setakat ini. Masakan aku perlu bersedia untuk peperiksaan, menjalankan research, part time dan juga berpuasa. Namun, semangat Ramadan kali ini pasti akan mengajar erti bersabar serta bersemangat untuk menghadapi hari seterusnya dalam cabaran seperti menahan kelaparan.

Masa berpuasa adalah 30 hari. Pasti pada mulanya sahaja manusia dalam penuh semangat. Selepas 10,20 hari pasti mereka menganggap Ramadan itu adalah hari-hari biasa bagi mereka. Bagi aku, ini sedang berlaku dan perkara ini tidak boleh. Bayangkan hari pertama, kedua berpuasa perutku tidak berbunyi disiang hari walaupun sahur itu makannya tidak banyak. Namun, setelah lebih dari 6 hari berlalu, perutku berbunyi walaupun sahurnya mewah sekali. Adakah ini bermaksud badanku mula mengadaptasi puasa dan menganggap ia adalah perkara biasa? Hilangkah semangat Ramadan dalam diriku? Muhasabah diri.

Zahirnya rakan-rakan yang tidak berpuasa akan memuji semangat kita untuk terus berpuasa dikala panas disiang hari. Ada yang berkata tidak boleh dirinya tidak memasukkan air kedalam badan seharian. Jadi kagumnya mereka kepada kita. Tambahan pula, ada yang heran kita patuh mengikuti agama sampai sanggup tidak makan seharian.Atau kata lain, "alah, sekali sekala makan apa salahnya"

Kita mula berpuasa dari kecil hingga dewasa. Sudah pasti badan kita sudah bisa menahannya. Fikir kembali. Apa perbezaan puasa semasa kecil dan dewasa? adakah untuk mendapat duit raya kerana puasa penuh? atau tujuan sebaliknya? Bagi aku, puasa dewasa adalah puasa bermatlamat. Apakah matlamat yang hendak ditunaikan dalam masa 30 hari ini? apakah perkara yang boleh dipelajari dalam menunaikan matlamat itu? Sudah pastinya tepuk dada tanya selera.

Selamat Berpuasa





dekat masjid kobe



ps: sambung edit video sikit2~



No comments: